Dr Malaysia Logo

Sifat Kasih Sayang

Share it:

Hidup berkeluarga dan bermasyarakat memerlukan hubungan saling berkasih sayang dan bertolong bantu antara satu sama lain.

Kita perlu saling berkasih sayang. Antaranya disebabkan:

1.  Berkasih Sayang Tuntutan Mukmin. Hadis Rasulullah SAW:

مَثَلُ اْلمُؤْمِنِيْنَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ اْلجَسَدِ اِذَااشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ اْلجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَاْلحُمَّى

“Perumpamaan seorang mukmin dalam berkasih sayang di antara mereka adalah seperti satu tubuh, bila salah satu bahagian tubuh sakit, seluruh tubuh akan turut merasa demam dan tidak dapat tidur” (HR Muslim No: 4685)

2.  Berkasih Sayang Sifat Penghuni Syurga. Sabda Rasulullah SAW:

وأهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاَثَةٌ: ذُو سُلطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ ورجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِى قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُوعِيَال

“Penghuni syurga terdiri dari tiga golongan iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi kurnia taufik Allah; seseorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat serta sesama muslim; dan seseorang yang suci dan fakir namun menjaga diri dari meminta-minta (menjaga maruah diri)” (HR Muslim No: 5109).

3.  Berkasih Sayang Akan  Disayangi Makhluk Di Langit. Sabda Rasulullah SAW:

الرَّاحِمُونَ يرحَمُهُمُ اللهُ إِرْحَمْ من فِى الارض يرحَمْكَ من فِى السَمَاءِ

“Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” Riwayat At-tabrani dan Hakim No: 4/17

Ibnu Qayyim berkata: Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain.

Kasih sayang juga dengan memiliki sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada musibah.

Marilah kita saling berkasih sayang sebagai bukti keimanan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Latest Article.