Dr Malaysia Logo

Ikhlas

Share it:

Allah menjelaskan menerusi surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud, “Mereka diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan diri beribadat kepada-Nya, tetap teguh atas tauhid, dan supaya mereka melakukan sembahyang serta memberi zakat. Inilah agama yang benar.”

Allah menjelaskan lagi menerusi surah al-Haj ayat 37 yang bermaksud, “Daging dan darah haiwan korban ataupun hadiah itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah. Yang sampai kepada Dia adalah amal yang ikhlas berdasarkan takwa.

Allah menjelaskan juga menerusi surah Ali Imran ayat 29 yang bermaksud. “Katakanlah wahai Muhammad, ‘Sekiranya kamu sembunyikan ataupun melahirkan perkara yang a ada dalam dada kamu, nescaya Allah mengetahuinya.”

Berikut adalah hadis yang berkaitan dengan ikhlas:

1. Abu Hafs, nama sebenarnya Umar bin Khattab bin Nufail, bin Abdul Uzza, bin Riah, bin Abdullah, bin Qurt, bin Razah, bin Adi, bin Kaab, bin Luai, bin Ghalib al-Qurashi al-Adawi berkata, “Saya mendengar Rasulullah menjelaskan, Amalan seseorang ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang dia niatkan. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan rasul-Nya. Tetapi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia, ataupun mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang dia niatkan semasa dia berhijrah”.”

Hadis ini disepakati kesahihannya. Hadis ini direkodkan oleh dua orang pakar ilmu hadis dalam buku masing-masing berjudul Sahih. Kedua-dua buku itu adalah buku yang paling berautoriti dalam merekodkan hadis-hadis sahih. Pakar pertama, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail, bin Ibrahim, bin al Mughirah, bin Bardizbah al-Ja’fi al-Bukhari. Pakar kedua, Abu Husin Muslim bin Hajjaj, bin Muslim, al-Qusyairi al-Naisaburi.

2. Aisyah binti Abu Bakar berkata, “Saya mendengar Rasulullah menjelaskan, Ada sepasukan tentera hendak menghancurkan Kaabah, kemudian apabila mereka tiba di satu tanah lapang, mereka dibenamkan ke dalam tanah, dari barisan pertama sampai barisan terakhir. Saya bertanya, “Wahai utusan Allah, bagaimana pula semuanya dibenamkan, dari barisan yang pertama sampai yang terakhir, bukankah dalam kumpulan itu terdapat para pedagang dan mereka yang tidak termasuk golongan itu?” Nabi Muhammad menjawab, Ya, semuanya dibenamkan, dari barisan pertama sampai barisan terakhir. Nanti mereka akan dibangkitkan dari kubur masing-masing. Mereka menerima balasan mengikut niat masing-masing-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Aisyah binti Abu Bakar melaporkan Nabi Muhammad menjelaskan, “Tidak ada lagi hijrah selepas kota Makkah dibebaskan, yang ada adalah jihad dan niat. Dengan demikian, apabila saudara sekalian diminta supaya keluar. berjihad, maka berangkatlah.” -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Maksud hadis ini, tiada lagi hukum wajib berpindah dari Makkah ke negara lain selepas Makkah dimerdekakan, kerana ia sudah menjadi negara Islam.

3. Abu Abdullah, nama sebenarnya Jabir bin Abdullah al-Ansari melaporkan, “Semasa Perang Tabuk, kami berada bersama-sama Nabi Muhammad, beliau menjelaskan. “Percayalah, di Madinah sana, ada beberapa orang lelaki yang sentiasa ada bersama-sama saudara sekalian, sama ada saudara

sedang dalam perjalanan ataupun sedang menyeberangi lembah. Mereka terpaksa tinggal kerana sakit.” – Direkodkan oleh Muslim.

Dalam rekod yang lain, Nabi Muhammad menjelaskan, “Mereka semual berkongsi pahala dengan kamu semua.”

Manakala dalam rekod Bukhari, Anas melaporkan, “Kami kembali dari Perang Tabuk bersama-sama dengan Nabi Muhammad. Nabi menjelaskan, Ada sekumpulan lelaki yang tinggal di Madinah, mereka tidak dapat pergi berperang kerana sakit. Mereka tetap bersama-sama dengan kita walaupun kita melalui gunung-ganang ataupun lembah,”

4. Abu Yazid, nama sebenarnya Maan bin Yazid bin Akhnas berkata, “Ayah saya, iaitu Yazid, bersedekah beberapa dinar. Wang-wang itu diletakkan di tepi seseorang yang berada di dalam masjid. Kemudian, saya datang dan mengambil wang-wang itu, lalu saya pergi menemui ayah saya dengan membawa wang wang itu. Kata ayah saya. Demi Allah, sedekah itu bukan aku niatkan untuk kamu. Saya kemudiannya pergi berjumpa Nabi Muhammad dan mengadukan hal itu. Kata beliau, “Wahai Yazid, kamu mendapat apa yang kamu sudah niatkan. Wahai Maan, kamu mendapat apa yang kamu ambil.” – Direkodkan oleh Bukhari.

5. Abu Ishak, nama sebenarnya Saad bin Abu Waqas, juga dikenali sebagai Malik bin Uhaib, bin Abdul Manaf, bin Zuhrah bin Kilab, bin Murrah, bin Kaab, bin Lual al-Quraisy ar-Zuhri, melaporkan, “Pada tahun haji perpisahan, Nabi Muhammad datang menziarahi saya sebab saya sakit waktu itu. Saya berkata kepada Nabi Muhammad, “Wahai utusan Allah, tuan lihatlah sendiri penyakit saya ini sudah sampai begini. Saya mempunyai harta, dan saya hanya mempunyai seorang anak perempuan sebagai waris saya. Adakah saya dibenarkan bersedekah sebanyak dua per tiga harta saya itu kepada orang lain?” Nabi Muhammad menjawab, “Tidak dibenarkan.

Saya bertanya lagi, “Sekiranya separuh harta saya?” Nabi Muhammad menjawab, Tidak dibenarkan juga.

Saya bertanya lagi, “Sekiranya sepertiga, bagaimana?” Lalu dijawab oleh Nabi Muhammad, “Ya. Sepertiga, boleh. Sepertiga itu pun sudah banyak. Percayalah, apabila saudara meninggalkan waris saudara dalam keadaan kaya raya, itu lebih baik daripada saudara meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta bantuan orang lain. Percayalah, bagi setiap nafkah yang saudara niatkan kerana Allah, saudara diberi pahala, termasuklah makanan yang saudara berikan kepada isteri saudara.”

Saad terus bertanya lagi kepada Nabi Muhammad. Katanya, ‘Adakah saya akan ditinggalkan di Makkah apabila sahabat-sahabat saya pulang ke Madinah?” Nabi Muhammad menjawab, ‘Percayalah, saudara tidak ditinggalkan. Saudara melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah, dan saudara mendapat status yang lebih tinggi. Barangkali, sekalipun saudara ditinggalkan, nanti akan ada golongan yang mendapat manfaat daripada hidup saudara, dan ada golongan yang mendapat bahaya. Ya Allah, sempurnakanlah pahala untuk sahabat sahabatku dalam hijrah mereka. Janganlah Engkau terbalikkan hati mereka. Sungguh, yang miskin adalah Saad bin Khaulah. Nabi Muhammad berasa kasihan kepada Saad kerana beliau meninggal dunia di Makkah.” -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

6. Abu Hurairah, nama sebenarnya adalah Abdul Rahman bin Sakhar, melaporkan, Nabi Muhammad menjelaskan, “Percayalah. Allah tidak memandang tubuh saudara-saudara, tidak juga paras rupa saudara-saudara, tetapi Allah memandang hati dan amalan saudara-saudara. Direkodkan oleh Muslim.

7. Abu Musa, nama sebenarnya adalah Abdullah bin Qais al-Asyaari berkata, “Pada suatu masa Nabi Muhammad ditanya berkenaan ada orang yang berperang dengan tujuan mahu membuktikan keberaniannya, ada pula orang yang berperang kerana fanatik, dan ada yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk. Orang berperang yang manakah yang termasuk dalam jihad demi Allah? Nabi Muhammad menjawab, ‘Orang yang berperang demi agama Allah, inilah yang dikatakan jihad kerana Allah.”- Direkodkan oleh Dukhari dan Muslim

8. Abu Bakrah, nama sebenarnya Nufal bin Haris, melaporkan, “Nabi Muhammad menjelaskan. Apabila dua orang Islam, saling bersemuka, masing masing dengan pedangnya, baik yang membunuh, mahupun yang dibunuh. kedua-duanya manuk neraka. Saya bertanya, Wahal utusan Allah, orang yang membunuh parut masuk neraka, tetapi mengapakah orang yang dibunuh juga masak Nabi Muhammad menjawab, ‘Sebab orang yang dibunuh itu juga mahu membunuh lawannya.” – Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

9. Abu Hurairah melaporkan, “Nabi Muhammad menjelaskan, ‘Seseorang yang bersembahyang secara berjemaah adalah lebih baik berbanding dia sembahyang sendirian di rumah ataupun di tempar kerja, iaitu dua puluh darjat lebih. Apabila seseorang mengambil air sembahyang dengan cara yang bevul dan sempurna, kemudian dia pergi ke masjid dengan niat semata-mata mahu bersembahyang, maka setiap kali kakinya melangkah, setiap kali itu juga darjatnya dinaikkan, dan terhapuslah satu dosanya, sampailah dia tiba ke masjid. Apabila dia memasuki masjid dan sepanjang dia berada di dalamnya, dia mendapat pahala berterusan sama seperti pahala sembahyangnya, e dengan syarat sembahyang itulah yang menyebabkan dia berada di dalam masjid. Para malaikat berdoa supaya Tuhan memberikan rahmat-Nya selagi seseorang itu berada di tempat sembahyangnya. Kata para malaikat. Ya Allah, kasihanilah orang ini. Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, terimalah taubatnya. Ini berlaku selagi seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara buruk dan selama air sembahyangnya tidak batal.” – Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

10. Abu Abbas, nama sebenarnya Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib melaporkan Nabi Muhammad menyampaikan daripada Tuhannya, “Percayalah, Allah mencatat semua perbuatan baik dan perbuatan jahat. Kemudian, Nabi Muhammad menerangkan perkara itu. “Sesiapa yang berniat melakukan perkara baik, kemudian tidak dapat melakukannya. Allah mencatatkan untuknya saru pahala yang sempurna. Tetapi apabila dia berniat dan dia dapat melakukannya, Allah mencatatkan untuknya antara sepuluh sehingga 700 kali ganda pahala, ataupun berlipat kali ganda banyaknya. Sekiranya dia berniat hendak melakukan kejahatan tetapi tidak jadi melakukannya. Allah mencatatkan untuk satu pahala yang sempurna. Sekiranya dia berniat melakukan kejahatan dan dia benar-benar melakukannya, Allah mencatatkan untuknya satu dosa sahaja.”- Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

11. Abu Abdul Rahman, nama sebenarnya Abdullah bin Umar, bin Khattab, melaporkan beliau mendengar Nabi Muhammad menjelaskan, “Pada suatu masa dahulu, ada tiga orang yang sedang dalam perjalanan, mereka tiba di sebuah gua dan terpaksa bermalam di situ. Mereka pun masuk. tiba-tiba sebiji batu besar jatuh dari atas gunung lalu menutup pintu masuk gua itu.

Mereka berkata, “Tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kita melainkan kira berdoa kepada Allah yang Maha Agung, dengan menyebutkan perbuatan perbuatan baik yang kita lakukan.

Lelaki yang pertama berkata, “Ya Allah, saya mempunyai ibu bapa yang sudah tua umurnya. Saya tidak memberi sesiapa pun minum, baik keluarga mahupun hamba saya, sebelum saya beri ibu bapa saya minum terlebih dahulu Pada suatu hari saya pergi jauh bagi mencari makanan ternakan. Ibu bapa saya sudah tidur barulah saya pulang. Saya terus memerah susu buat minuman mereka tetapi mereka sudah lena. Saya tidak mahu saya juga tidak mahu memberikan susu itu kepada orang lain, baik keluarga mahupun hamba mengganggu tidur mereka. mena saya, sebelum mereka berdua minum. Saya terus menanti mereka terjaga dengan memegang bekas minuman itu di tangan saya, sehingga masuk waktu fajar. Anak-anak kecil yang dekat dengan kaki saya menangis kelaparan. Selepas ibu bapa saya terjaga barulah mereka minum. Ya Allah. sekiranya sebenarnya saya lakukan itu semua dengan niat semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Mu, selesaikanlah masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini. Tiba-tiba batu besar itu berganjak sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.

Lelaki kedua berkata, “Ya Allah, saya mempunyai sepupu perempuan. Dia manusia yang paling saya cintai. Saya tergoda kepadanya tetapi dia menolak hasrat saya. Pada suatu tahun, dia mengalami kepayahan yang berat. Dia datang ke tempat saya, lalu saya berikan kepadanya wang sebanyak seratus dua puluh dinar, dengan syarat dia mahu bersendiri dengan saya seorang sahaja. Dia berjanji akan memenuhi syarat itu. Apabila saya sudah dapat menguasai dirinya, sepupu saya itu berkata, “Takutlah kamu kepada Allah, jangan kamu nodai saya. Saya pun meninggalkannya, sedang dia adalah manusia yang paling saya cinta. Wang yang saya berikan itu pun saya biarkan menjadi miliknya. Ya Allah, sekiranya sebenarnya saya melakukan itu semua dengan niat semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Mu, selesaikanlah masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini. Batu besar itu berganjak sedikit lagi, tetapi mereka masih belum dapat keluar.

Lelaki ketiga pula berkata, “Ya Allah, saya mengupah beberapa orang pekerja, semuanya saya bayar upah masing-masing, kecuali seorang lelaki. Dia pergi tanpa mengambil upahnya. Saya laburkan wangnya sehingga bertambah banyak hartanya tadi. Selang beberapa lama, pada suatu hari dia datang berjumpa saya dan berkata, “Tuan, serahkanlah kepada saya upah saya yang dahulu itu. Saya katakan kepadanya, ‘Semua yang saudara lihat ini berasal daripada wang upah saudara dahulu, baik yang berupa unta, lembu, kambing dan hamba sahaya. Dia menjawab, Tuan, janganlah bergurau dengan saya! Saya katakan kepadanya, ‘Saya tidak bergurau!”

Lelaki itu pun mengambil apa yang menjadi miliknya. Semuanya diambil, tidak seekor pun yang ditinggalkan. Ya Allah, sekiranya sebenarnya saya lakukan itu semua dengan niat semata-mata bagi mendapatkan keredaan Mu, selesaikanlah masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini.’ Batu besar itu berganjak sedikit lagi, barulah mereka dapat keluar dari gua itu.” – Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Latest Article.